Saturday 1 October 2011



Nama Tempatan:Pokok Nilam
Nama Saintifik:Pogostemon cablin benth.
Nama Lain:Patchouli
Famili:Labiatae/lamiacea

Apa itu pokok nilam?

Pokok nilam ialah sejenis tumbuhan yang mempunya aroma yang harum dan banyak digunakan dalam industri kosmetik namun jika di tanam dikawasan yang beriklim tropika pokok ini amat susah sekali untuk mengeluarkan bunga kecuali kaedah in vitro.Ia mula di bincangkan secara meluas oleh ahli botani Filipina dalam tahun 1845.


Tumbuhan ini biasa ditanam kerana ia boleh menghasilkan minyak sari yang banyak digunakan secara kormesial.Dikawasan tropika indonesia merupakan pengeksport minyak nilam yang bersar dengan jumlah eksportnya pada tahun 1997 melebihi 765 tan.Ia banyak ditanam secara ladang di sumatera terutamannya Aceh dan sumatera utara.Minyak nilam diperoleh dengan proses penyulingan daun dan ranting nilam.Daunnya yang lebih muda(pucuk mempunyai kuantiti minyak yang lebih banyak). Jika ia tumbuh dengan baik penuaian pertama boleh dilakukan setelah pokok berusia 6-8 bulan dan yang seelok-eloknya 9 bulan. Minyak nilam mempunyai permintaan yang tinggi khususnya dalam pasaran kosmetik seperti minyak wangi dan sabun mandi.


Nilam merupakan pokok herba yang boleh mencapai ketinggian antara 2 hingga 3 kaki.Nilam mempunyai batang yang berbulu.Daunnya tersusun dalam pasangan yang berlawanan, berbentuk oval dan saiznya berukuran 10cm panjang dan dan 8cm lebar.permukaan daunnya mempunyai warna hijau kemerahan.Untuk pertumbuhan optimum ia memerlukan cahaya matahari secukupnya namun ia juga boleh tumbuh dikawasan yang agak terlindung.Ia boleh hidup dikawasan tanah rendah atau tanah tinggi namun ketinggian optimum untuk pertumbuhan ialah sekitar 10-400 meter dari aras laut.Ia memerlukan air yang mencukupi dengan taburan hujan antara 2000-3500mm setahun.Suhu optimun sekitar 24-28 darjah celcius dengan kelembapan sekitar 75%.Ia juga memerlukan tanah yang kaya dengan mineral dan bersaliran baik.

Nilam biasa dibiakkan dengan kaedah keratan batang. Batang yang hendak dibiakkan biarlah cukup tua dan mempunyai sekurang-kurangnya 3 helai daun.Bahan kimia aktif yang terdapat dalam nilam ialah seperti Patchouli alcohol, Patchouli camphor,Cadinene, Benzaldehyde,Eugenol ,Cinnamic aldehyde.

 

kegunaannya:

Dalam perubatan tradisional nilam digunakan untuk merawat penyakit seperti batuk dan asma. Ia juga digunakan sebagai penawar kepada rheumatik (dari losyen yang diperbuat dari akarnya). Ia juga digunakan untuk menangani sakit kepala dengan cara merebus air daunnya dan air itu diminum.Ia juga digunakan sebagai penghalau nyamuk di beberapa negara di Asia.


Daun Nilam dikeringkan terlebih dahulu sebelum diproses menjadi pati minyak nilam


Contoh pati minyak Nilam

Pati minyak Nilam banyak digunakan untuk produk kosmatik seperti minyak wangi

Pengenalan Syarikat

NMA Golden Resources adalah sebuah syarikat Bumiputera yang beralamat di Lot 3481, Jln. Merbau, Kg. Melayu Subang, 40150 Shah Alam, Selangor. No. Pendaftaran 001974944-D. Semenjak 2009 kami telah menjalankan projek tanaman Nilam di Aceh Indonesia secara kecil-kecilan iaitu secara usahasama dengan penduduk kampong di sana sebagai percubaan dan kajian kesesuaian projek tanaman ini. Dalam percubaan tersebut, terbukti projek tanaman ini sangat berpotensi.


.

1 comment:

  1. boleh saya dapatkan pati minyak nilam dan boleh saya tahu berapa harga pati minyak tersebut dalam kuantiti 100ml
    nik 0184601002

    ReplyDelete